Keluar dengan perempuan lain tanpa pengetahuan isteri, tak boleh berdiam sekali ini pengakuan dari Aliff Aziz

Tiada angin, tiada ribut timbul pula dakwaan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dikatakan keluar bersama wanita lain tanpa pengetahuan isterinya iaitu Bella Astillah. Aliff menerusi temu bual bersama program hiburan baru-baru ini mengakui dia dan isterinya terkejut dengan dakwaan tersebut selain turut menjelaskan perkara sebenar. “Bella terkejut dan saya pun terkejut… sebab Bella tahu hampir setiap hari saya bekerja di set penggambaran dan memang jadual penggambaran agak padat.

“Dan ada beberapa kali sepupu saya datang belah umi (mak) saya dan saya bawa sepupu dan keluarga mereka sekali keluar sekali, dah lama tak jumpa dan datang KL. “Mungkin saya rasa orang salah faham, orang yang berjalan dengan saya itu adalah sepupu saya. Saya pun terfikir siapa la, cakap dengan Bella pun fikir sepupu saya atau pun Ain adik bongsu saya,” katanya. Aliff turut memberitahu dia akan kerap memuat naik perkongsian ketika keluar atau bertemu dengan sesiapa pun di laman sosial agar tidak mendatangkan fitnah.

“Tapi mungkin saya rasa, lepas ini saya ambil langkah berhati-hati, mungkin selepas ini saya keluar dengan sesiapa, kena buat story,” kata Aliff secara berseloroh. Tiada sebab untuk memberi penjelasan kepada mana-mana pihak, Aliff bagaimanapun berharap semua orang memahami kehidupan selebriti yang akan bertemu dengan ramai orang atas urusan kerja. “Kita akan sentiasa dilihat oleh orang tapi pada saya,as long as i know i am not doing anything wrong or i am going out with my family members or kawan-kawan, saya tak rasa saya perlu memberikan penjelasan kepada sesiapa.

“Saya sendiri tidak tahu dakwaan itu sebab tak ada gambar. Kalau ada gambar mungkin saya boleh explain. Cuma, saya rasa orang kena faham, sebagai selebriti, baik atau buruk, kita akan ada hari yang kita mungkin keluar meeting. “Cuma bila ada yang mendakwa saya ‘buat hal’, saya bukan orang yang baik baru nak belajar-belajar jadi baik nampak dia bersama dengan wanita it’s okay tapi bila kata Aliff buat hal dari segi apa? “Kalau saya berjalan dengan sepupu atau adik beradik saya bukan ke itu jadi satu fitnah,” jelasnya lagi.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version