Pelakon jelita Fasha Sandha mendedahkan dia mempunyai perancangan untuk menambah seorang lagi cahaya mata pada tahun hadapan. Menurut Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 39, suaminya yang juga aktor Aidil Aziz menginginkan seorang lagi cahaya mata lelaki. Walau bagaimanapun, jelas Fasha hasrat suaminya itu akan dibawa pada tahun hadapan memandangkan dia ketika ini sedang sibuk menjalani penggambaran. “Insya-Allah tahun depan saya merancang untuk menambah seorang lagi cahaya mata. Suami saya minta tahun ini, tapi komitmen tak membenarkan saya untuk hamil.
Saya dan suami inginkan anak lelaki, tapi yang nak sangat lelaki suami sebenarnya, supaya jadi dua pasang. Saya sudah ada dua anak perempuan dan seorang anak lelaki sekarang, nak tambah seorang lagi bayi lelaki.” Fasha berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba With Fasha Sandha anjuran produk kecantikan jenama Berryfull yang diadakan di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu. Dalam pada itu, Fasha berkata berkemungkinan dia akan melakukan proses rawatan kesuburan (IUI) atau menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF). “Saya dan suami mempunyai perancangan keluarga yang terperinci, biar saya habiskan dulu drama sebanyak 60 episod saya, kemudian boleh fokus untuk dapatkan anak lelaki. Mungkin akan lakukan proses IUI atau IVF.
Saya sudah tahu untuk menjaga badan dan pemakanan saya, jadi tidak risau kalau berat badan akan naik semula. Insya-Allah boleh kawal perkara itu.” Untuk rekod, Fasha dan Aidil bergelar suami isteri pada Mac 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira. Sebelum itu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka bernama Jejai pada April 2012 sebelum disahkan bercerai pada Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jamyma, 8.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.