Umum mengetahui, pelakon jelita Fasha Sandha kini memiliki bentuk badan yang langsing dan menawan selepas mengamalkan gaya hidup yang sihat. Malah, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan dilihat tak lokek berkongsi momen dia melakukan pelbagai aktiviti senaman di laman sosial miliknya. Bagaimanapun, baru-baru ini, tindakan Fasha mempromosikan sebuah jenama produk kesihatan telah menarik perhatian warganet.
Menerusi sepotong video yang tular, aktres berusia 39 tahun itu dilihat mengenakan pakaian jenis crop top yang dipadankan dengan seluar berwarna hitam sambil menari. Seperti dijangka, perkongsian tersebut bakal menuai pelbagai reaksi kurang senang wargamaya.
Rata-rata warganet yang singgah ke ruangan balas merasa terkejut dengan pakaian yang digayakan pelakon drama Khilaf Asmara itu. Namun, terdapat segelintir warganet yang tampil mempertahankan Fasha dengan mengatakan aktres itu memakai inner jenis warna kulit di bahagian dalam. Sungguh begitu, masih ada warganet yang menegaskan meskipun memakai inner, masih dianggap salah dan boleh menimbulkan fitnah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.