Banyak perpisahan di antara selebriti yang mengejutkan, salah satu daripadanya ialah perpisahan antara vokalis band Hujan iaitu Noh Salleh dengan isterinya yang juga merupakan seorang aktivis kemanusiaan Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina. Kedua-dua mereka berpisah pada tahun 2022 selepas mendirikan rumah tangga sejak tahun 2011, pasangan itu mempunyai seorang anak angkat bernama Musa yang kini berusia 2 tahun. Sejak mereka berpisah, Noh Salleh tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perpisahan mereka, malah ada sumber yang mengatakan dia mengelak untuk berjumpa dengan pihak media berkenaan isu itu.
Terbaru, dalam satu temu ramah dengan portal hiburan Indonesia, Noh memberitahu kehidupannya semakin sukar selepas berpisah, dia turut berkongsi bahawa dia kini sedang ‘berebut anak’ dengan bekas isterinya “Lagu Manusia (nyanyian David Bayu) benar-benar satu refleksi terhadap diri saya. Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar. Saya berpisah dengan isteri, kemudiannya berebut anak. Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup,” katanya.”
Pelantun lagu Angin Kencang itu berkongsi kenyataannya selepas menjawab soalan tentang lima lagu Indonesia yang menjadi kegemarannya. Menurut Berita Harian, Noh kini sudah pun mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya Fatin Athira Mustapa dan dikatakan akan bernikah pada September depan. Manakala Mizz Nina pula kini sudah bernikah dengan seorang rapper dari Amerika Syarikat berketurunan Maghribi, Essam Muhammad. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.