Seorang wanita silap tempah keseluruhan hotel untuk percutian keluarganya di Bali

Seorang wanita yang mahu membawa keluarganya bercuti tidak menyangka dia sebenarnya menempah keseluruhan sebuah hotel kecil di Pulau Bali baru-baru ini, lapor portal berita MailOnline semalam. 

Jasmine Gordon dari Somerset, Britain menyangka dia menempah sebuah kediaman  yang sesuai untuk tujuh ahli keluarganya melalui perkhidmatan syarikat penyewaan kediaman, Airbnb.

Namun, wanita itu diberitahu bahawa apa yang dianggapnya sebagai  sebuah rumah baru-baru ini sebenarnya adalah hotel. Seluruh hotel itu adalah untuk kegunaan  Jasmine dan keluarganya selama seminggu.

Dia berkata: ‘Mereka (hotel itu) mempunyai kakitangan sepenuh masa, pengawal keselamatan, tukang masak, dan kereta golf untuk membawa anda bersiar-siar. Ia sangat besar untuk Airbnb tetapi agak kecil untuk hotel, setiap bilik mempunyai kunci pada pintu dan mesin kopinya sendiri. Kami hanya bertujuh dan premis itu mempunyai kapasiti menempatkan 18 orang.

Wanita yang merupakan pengurus pemasaran media sosial itu mengaku bahawa saiz hotel itu agak besar ketika keluarganya mula-mula tiba.

Dia berkata: “Terdapat sebuah restoran di sana dengan tukang masak yang memasak setiap hari sehingga pukul 11 malam dan anda boleh memesan sarapan, makan tengah hari dan makan malam.” Bagaimanapun, jumlah sewa hotel itu tidak didedahkan. – Agensi. Kredit Kosmo online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version