Seekor kucing gergasi yang dipelihara oleh Yulia Minina dari Oskol, Russia semakin membesar dan haiwan itu kini boleh membuka pintu rumah, lapor akhbar Daily Star semalam.
Kefir yang merupakan kucing baka Maine Coon sering disalah anggap sebagai anjing kerana badannya panjang dan kaki yang tinggi. Dalam video yang dirakam Minina, kucing itu berdiri sama tinggi dengan anak perempuannya yang sedang menyediakan makanan ringan di dapur.
Bulan lalu, Minima menyiarkan kemas kini di laman Instagram dan berkongsi video baharu Kefir berkeliaran sekitar di taman mereka. Kefir dilihat berdiri dengan dua kaki dan membuka pintu apabila kakinya menyentuh pemegangnya.
Ketika di taman, Kefir juga cuba menangkap rama-rama. – Agensi.Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.