Muat naik video sambut hari jadi Fatin Afeefa, Opai hadiahkan jam tangan Rolex

Baru-baru ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang meraikan ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-29 tahun yang dihadiri oleh keluarga mereka. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai, dia meluahkan rasa penghargaan dan cinta terhadap insan tersayangnya itu telah berjaya meraih perhatian ramai. “Selamanya bersyukur kerana mempunyai wanita luar biasa ini di sisi saya, dan pada hari istimewanya, saya ingin menunjukkan kepadanya betapa dia sangat bermakna bagi saya.

Berikan hadiah sebuah Rolex hanyalah tanda kecil kasih sayang dan kekaguman saya yang tidak berkesudahan. Melihat keluarga kami dari kedua-dua belah pihak berkumpul untuk meraikan hari lahirnya menjadikan hari ini lebih luar biasa. Cinta tidak mengenal batas apabila kita dikelilingi oleh kemesraan dan sokongan orang yang kita sayangi,” katanya. Bukan itu sahaja, dia adalah lelaki yang paling bertuah memiliki isteri seperti Fatin Afeefa yang dianggap sebagai wanita yang luar biasa. Klik sini untuk lihat video.

“Di sinilah cinta, kebahagiaan dan momen berharga sepanjang hayat bersama. Bangga menjadi lelaki paling bertuah di bumi, dikurniakan isteri yang paling luar biasa,” ujarnya lagi. Sekadar info, Fatin Afeefa selamat bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang pada 30 Disember dan pernikahan yang mengejutkan ramai itu selamat melangsungkan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor. Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun berpisah empat tahun selepas itu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version