Musykil bila ada pihak yang jual air zam zam dengan harga murah, sekali ada pula warganet yang komen macam ni

BAGI jemaah yang menunaikan ibadah umrah atau haji di Tanah Suci, ‘buah tangan’ yang wajib dibawa pulang ke Malaysia sudah tentunya air zam zam. Air zam zam merupakan mempunyai banyak khasiat dan merupakan sebaik-baik air di atas muka bumi ini. Walaupun air zam zam tidak terputus bekalannya di Makkah dan Madinah, umum mengetahui ia tidak boleh sewenang-wenangnya dibawa pulang secara pukal ke tanah air.

Terdapat ketetapan yang sudah dikuatkuasakan kerajaan Arab Saudi untuk mengelakkan air zam zam daripada dikomersialkan seterusnya keuntungan atas angin dikaut oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Justeru tidak hairanlah apabila seorang wanita curiga apabila melihat seorang individu menjual secara besar-besaran berkarton air zam zam di laman Facebook. Individu tersebut berkata sesiapa yang berminat untuk membeli air zam zam itu boleh menghubunginya terus di platform WhatsApp.

“Bismillah, Assalamualaikum. Sesiapa yang mencari air zam zam original, boleh hubungi saya untuk urusan jual beli. Air zam zam baru sahaja mendarat, satu botol lima liter. Nak beli borong pun kita boleh cuba usahakan InsyaAllah. Untuk keterangan lanjut, jangan malu, jangan segan untuk hubungi nombor di bawah, terima kasih. “Jangan risau, air zam zam ini adalah percuma. Ia tidak dijual. Harga tertera ialah kos logistik yang perlu dibayar dari Arab Saudi ke Malaysia melalui kargo laut.

“Inisiatif para mutawif bawa masuk ke Malaysia. Postage seluruh Malaysia, InsyaAllah,” tulis individu tersebut. Wanita itu kemudiannya, melalui ciapan di Twitter menjelaskan mengapa modus operandi perniagaan air zam zam itu tidak boleh dipercayai. “Hati-hati semua. Hantaran ni kata air zam zam percuma tapi hanya perlu bayar kos logistik. Tapi persoalannya, macam mana dia boleh bawa masuk sebanyak tu air zam zam sedangkan Arab Saudi memang tak benarkan. “Itu yang kita risau, sama ada ia bukan air zam zam, barang cri atau scam,” ujar wanita itu sangsi.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya bersetuju dengan apa yang dihujahkan wanita itu. “Air zam zam tidak boleh dijual. Kalau awak jadi jemaah haji pun, kalau awak cuba sorok air zam zam dalam bagasi pun tak boleh lepas sebab imigresen akan minta keluarkan masa scan di pintu masuk. “Manakala kalau cuba post dari tanah suci, kurier akan reject. Jemaah haji atau umrah pun biasanya dihadkan berapa botol air zam zam yang mereka boleh bawa balik Malaysia. “Untuk setiap jemaah, seingat saya satu kotak air zam zam. Kalau apa yang dia jual ni betul air zam zam, mungkin dia ada ‘cable’ di sana yang tolong supply. Ingat ya, niat tidak menghalalkan cara,” kata warga maya.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version