Sekurang-kurangnya 264 penerbangan dibatalkan di Jepun berikutan Taufan Khanun yang semakin menghampiri negara itu, lapor Sputnik memetik penyiar NHK pada Isnin. Taufan itu dijangka membadai wilayah barat daya Okinawa dan Amami dari Isnin hingga Selasa.
Japan Airlines membatalkan 67 penerbangan pada Isnin, manakala All Nippon Airways membatalkan 73 penerbangan pada hari yang sama dan 124 penerbangan lagi pada Selasa.
Pihak berkuasa Jepun memberi amaran kepada penduduk Okinawa dan Amami bahawa Taufan Khanun boleh mencetuskan tanah runtuh dan banjir serta ombak tinggi.Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.