Kejayaan atlet wushu negara, Tammy Tan merangkul pingat emas sulung Malaysia di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2023 di Chengdu, China semalam, adalah satu usaha terancang dilakukan Persekutuan Wushu Malaysia (WFM). Presidennya, Datuk Chong Kim Fatt berkata, selepas melihat banyak program terhenti gara-gara pandemik Covid-19, WFM bersama barisan jurulatih merancang sesuatu untuk dicapai di Universiade.
Katanya, cabaran di Chengdu bukan calang-calang kerana disertai China, Macau, Hong Kong dan lain-lain yang sememangnya dikenali sangat kuat dalam wushu. Sebab itu kita menghantar hanya seorang atlet podium dan tiga pelapis ke Universiade. Kita menghantar peserta mengikut strategi yang kita atur.
Perancangan itu berjaya apabila atlet wushu kita mengharumkan nama negara dan menamatkan kemarau emas di temasya itu selepas 38 tahun penganjuran,” katanya kepada Arena Metro. Terdahulu, Tammy mencipta sensasi apabila menamatkan kemarau pingat emas skuad wushu di Universiade sejak kali pertama dianjurkan pada Universiade Kobe, Jepun 1985.
Pada edisi kali ini, Tammy berjaya memenangi pingat emas acara Jianshu wanita selepas melakukan catatan 9.613 mata, mengatasi Weng ian Wong dari Macarau (9,593) dan Hui Yu Lydia Sham dari Hong Kong (9.583). Kejayaan diraih atlet berusia 22 tahun itu sekaligus berjaya mengatasi sasaran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menetapkan sasaran tiga pingat di temmasya itu.
Sebelum ini kontinjen negara meraih tiga gangsa menerusi wushu iaitu Calvin Lee (Nangun lelaki), Mandy Chen (Taijiquan wanita) dan Ang Qi Yue (Daoshu lelaki). Dalam pada itu, Kim Fatt menyifatkan kejayaan itu sebagai pembakar semangat buat kem wushu negara sekali gus berada di landasan tepat untuk meraih pingat di Asia Hangzhou 2022, yang akan berlangsung di Hangzhou, China pada 23 September hingga 8 Oktober depan.
Dalam tempoh setahun ini, saya yakin kita boleh raih pingat tapi warna pingat tak dapat saya janjikan. Kita lihat dalam tempoh sebulan lagi, namun paling penting ketika ini, saya mahu atlet kita mengelak daripada mengalami kecederaan.
Wushu adalah sejenis sukan berprestasi tinggi, membabitkan banyak aksi berbahaya yang memerlukan kemahiran dan teknikal,”ujarnya. Kredit Harian.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.