Nama kena petik bila Inspektor Sheila nak cari lelaki yang fit, sekali ini pula respon selamba dari Tengku Zafrul

KISAH Inspektor Sheila yang sedang mencari pasangan hidup kecoh diperkatakan warganet selepas dia meluahkan hasratnya itu baru-baru ini. Menurut Sheila, dia mahu mencari bakal suami yang cergas, sihat dan tidak berbadan gemuk. Terbaharu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz turut memberi respons ringkas mengenai hal itu.

Ia berikutan tindakan seorang individu yang membuat pautan (tag) kepada akaun Twitter Tengku Zafrul berhubung laporan berkaitan Sheila yang sedang mencari jodoh. “Tolong tag kawan anda yang kaki jogging, kaki kayuh basikal, kaki marathon dan juga kaki gym,” ciap seorang individu. Kemudiannya, seorang individu lain membuat pautan kepada akaun Twitter Tengku Zafrul memandangkan beliau sering berkongsi tentang aktiviti kecergasan menerusi media sosial.

“Minta maaf, saya dah berpunya,” jawab Tengku Zafrul ringkas pada Khamis. Untuk rekod, mStar pada Isnin lalu melaporkan kisah Sheila menyatakan hasrat untuk mencari pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga. Inspektor Sheila sebelum ini tular gara-gara video dia menghina anggota bawahan serta mengugut wanita warga emas tular di media sosial. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version