PELAWAK dan Pelakon Zizan Razak memberitahu dia dan rakannya Johan masih belum ada sebarang perancangan terbaharu melibatkan kumpulan Jozan. Kata Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 39, buat masa ini masing-masing fokus dengan kerja masing-masing dan tidak menolak kemungkinan jika tepat pada masa mungkin mereka akan kembali menghiburkan peminat. “Bergantung kepada masa dan ruang, kita tengok mana yang terbaik sebab Johan pun dengan radio.
“Sekarang ini yang terbaik untuk saya adalah filem… dan karier lakonan ini adalah impian saya. “Jadi mungkin satu hari nanti kalau kami betul-betul rindu, barulah kami akan kembali bergabung untuk peminat,” katanya. Dalam perkembangan lain, buat pertama kalinya Zizan berlakon sebagai watak antagonis dalam filem Merewang Keluarga Pak Awang yang bakal ditayangkan di Astro First bermula 15 Julai 2023. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.