Nelayan hilang sejak beberapa hari lepas, terkejut bila jumpa individu tu dalam perut buaya seberat 800kg

Seorang warga emas yang juga seorang nelayan yang dikhuatiri hilang sejak Rabu lalu akhirnya ditemui dalam perut seekor buaya di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, Tawau, Sabah pada hari ini. Memetik laporan Sinar Harian, myt warga emas dikenali Addi Bangsa, 60, ditemukan selepas perut reptilia tersebut dibelah oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa disyaki dibaham buaya jantan selepas dilaporkan hilang dan ditemui pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR), hari ini.

“Pada hari keempat, pihak kami dimaklumkan bahawa JHL telah menemui seekor buaya jantan yang dipercayai membaham mngsa dan haiwan itu ditembak kira-kira jam 3 pagi Ahad. Perut buaya itu kemudian diblh sekitar jam 9 pagi sebaik ahli keluarga tiba. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat semua anggota badan berada di dalam perut haiwan itu namun dalam keadaan terpisah dan ahli keluarga telah mengesahkan mngsa,” katanya. Jemishin berkata, buaya jantan yang ditembak mati oleh JHL itu mempunyai berat kira-kira 800 kilogram dan memiliki panjang melebihi empat meter. Sebaik sahaja myt mngs ditemui di dalam perut haiwan itu, operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 11 pagi. Berita duka tersebut mendapat perhatian ramai dan mereka mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa terlibat.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version