Kemenangan Bell Ngasri yang menjulang trofi Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) kali ke-35 sememangnya sudah dijangka. Sorakan Yak Yak Yee! telah berkumandang apabila dia berjaya menepati ramalan para penyokongnya untuk melihat pelakon yang sudah 37 tahun berada dalam industri seni meraih trofi pada malam istimewa ini.
Memetik laporan dari Berita Harian, Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 43 akui pernah dihina ‘ketot’ oleh seorang pengarah sewaktu di lokasi pengambaran. Namun begitu, dia sama sekali tidak mengambil hati tetapi menjadikan penghinaan tersebut sebagai satu pembakar semangat untuknya terus bekarya. “Sepanjang hidup saya sebagai artis, saya banyak melalui pahit manis. Pernah ada yang berkata kepada saya, ‘Macam ni ke jadi artis, badan ketot macam kau ni?’
Demi Allah, ini memang betul terjadi. Pengarah berkata begitu ada dalam (panggung) tadi. “Kalau awak yang kena macam mana? Sudah tentu ia akan melunturkan semangat diri. etapi, Alhamdulillah, ini adalah satu bukti kepada mereka yang pernah buat begitu pada saya,” katanya. Ujarnya lagi, walau apa terjadi, dia tidak pernah berasa dengki dengan artis lain yang mempunyai pengalaman lebih cerah daripadanya. Dia tetap memberikan sokongan kepada mereka walaupun mungkin ada diantara mereka tidak mempedulikannya.
“Walaupun orang pernah buat tak peduli kepada saya, tetapi saya tetap suka nak bantu untuk naikkan orang lain. Kalau nak ada perasaan dengki sejak dulu lagi saya boleh nak dengki dengan orang. Tetapi, saya bersyukur tiada sedikit pun perasaan dengki dalam diri. Saya lagi seronok sokong kawan-kawan saya lain seperti Zizan Razak, Johan dan Achey. Alhamdulillah, sekarang ini mereka juga menyokong saya. Mungkin disebabkan saya tak pernah nak berdengki dengan orang, Allah berikan saya rakan-rakan yang membantu menaikkan saya,” luah pelakon tersebut.
Selain daripada menjulang trofi Bintang Paling Popular Berita Harian kali ke-35, Bell turut membawa pulang trofi Artis Komedi Paling Popular tahun ini dan kemenangannya sudah dapat dijangka sejak awal pengumuman Top 5 lagi. Dia yang mendapat sokongan daripada pelbagai lapis masyarakat dan juga rakan artis sendiri akui tidak mempunyai fans club seperti selebriti baru, namun sangat bersyukur serta berterima kasih kepada mereka yang sudi mengundinya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.