MEMULAKAN kerjaya lakonan sejak awal tahun lalu, nama Erysha Emyra pantas meniti di bibir peminat industri lakonan arus perdana. Kelibatnya semakin ligat muncul di televisyen. Erysha atau nama sebenarnya Nur Erysha Emyra Zakaria, 24, sememangnya memiliki aura tersendiri sebagai bintang.
Perhatian mudah tertangkap kepadanya kerana dia juga memiliki paras rupa jelita. Justeru, dia sangat bersyukur apabila mendapat kepercayaan membintangi watak utama drama Chinta Wrong Direction arahan Hadith Omar. Katanya, dia sebenarnya bertuah produksi terbabit beri peluang keemasan buatnya.
Ya itu watak utama sulung saya. Saya datang pergi uji bakat beberapa kali sebab produksi nak lihat saya beri lebih lagi dalam lakonan saya. Selepas itu, barulah mereka yakin. Sebenarnya watak saya agak berat. Itupun produksi was-was sama ada saya boleh buat atau tidak. Tapi mereka letak kepercayaan penuh dan saya pun kena pastikan diri percaya boleh buat,” katanya.
Erysha mengakui semangatnya memberikan lakonan terbaik dalam drama itu turut didorong persekitaran. Baik kru produksi sehingga rakan pelakon lain, cukup membantunya dari pelbagai segi. Episod pertama pun sudah kena pukul bapanya. Tapi bukan saya seorang, pelakon-pelakon lain pun memang memainkan peranan besar memberikan lakonan sangat-sangat bagus. Sekali gus saya rasa seronok lakukannya.
Saya tak ikut mana-mana rujukan. Cumanya perbincangan memang dilakukan berulang kali bagaimana watak itu dihidupkan dengan keluarga serta kawan-kawannya. Tak adalah kena mendatar saja, emosinya pelbagai. Erysha mengakui dia juga rasa gementar sebelum masuk penggambaran. Justeru, dia banyakkan bertanya dengan orang terutama untuk melakukan babak-babak yang cukup berat.
Baru masuk hari ketiga, sudah kena lakukan babak sebegitu. Disebabkan itu, saya minta panduan daripada rakan industri bagaimana untuk lakukannya dan aplikasikan di lokasi penggambaran. Dengan pengarah Hadith pun saya banyak berbincang. Dia memang paling banyak membantulah dan tahu apa yang dia nakkan. Jadi lebih jelas dan menyenangkan buat saya lunaskannya,” katanya.
Dengan pencapaian terbaru itu, Erysha juga percaya masih terlalu jauh perjalanan untuknya menjadi pelakon bagus. Dia bersyukur rezeki dapat watak utama sudah memihak kepadanya.
Macam tak percaya sangat lagi. Masih ada sebahagian dalam hati kecil berkata, layakkah saya berada di sini? Bila tengok balik lakonan, saya rasa ia bukan yang terbaik saya boleh bagi. Tapi itulah macam pergi bekerja juga, bukan setiap hari adalah hari cemerlang untuk kita.
Apapun, alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan peluang diberikan itu. Meletakkan impian cukup besar berkelana jauh dalam belantara seni, Erysha juga berharap orang dapat terima setiap cerita dilakonkannya dengan baik.
Semoga saya semakin diterima secara baik sebagai pendatang baharu. Ini kerana, kebanyakan cerita lakonan saya baru keluar dalam tahun ini. Jadi boleh cakap saya sebenarnya baru muncul dan harapnya orang sukalah setiap naskhah yang membabitkan saya,” katanya.
Kalau ikutkan, Erysha yang juga anak kepada dramatis Datin Noniswara tidak pernah berhajat memasuki dunia lakonan. Apalagi menjadikan pelakon sebagai kerjaya sepenuh masa. Cuma aktif dalam peragaan selepas tamat persekolahan, ibunya antara yang tidak berputus-asa mendorongnya cuba nasib berlakon.
Namun begitu, dia tidak sengaja jatuh cinta tanpa paksaan siapa-siapa. Sejak kecil, ibu memang nak saya ikut jejak kakinya. Tapi sejak dulu saya memang tak nak. Ketika itu, saya berfikir cukuplah ibu saya saja yang berlakon. Impian peribadi saya sebenarnya mahu mendaki dunia korporat. Tapi tiba-tiba terbuka jalan selepas saya jadi model tudung. Ibu pun memang tak putus-putus dorong lagi saya cuba lakonan ketika itu,” katanya.
Erysha bagaimanapun akui tidak risau pun jika ada yang mengaitkan rezekinya dapat terjun bidang seni adalah gara-gara nama ibunya. Dia lebih percaya pada ketentuan rezekinya. Setakat ini saya rasa okay saja. Bagi saya itu rezeki masing-masing. Kadang-kadang, kalau kita nak sekali pun, takkan dapat kalau memang bukan ditakdirkan jadi rezeki kita, bukan?
Saya pun baru betul-betul jatuh cinta dengan lakonan disebabkan drama Chinta Wrong Direction. Set, produksi, dan semua yang terbabit jadikan saya rasa sangat seronok dan ini tempat saya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.