Pelakon Puteri Sarah meminta orang ramai agar mendoakannya bertemu jodoh secepat mungkin. Menurut Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, dia berharap mana-mana lelaki yang bakal menjadi suaminya kelak mampu menyayangi dirinya serta dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah. Malah kata aktres itu, dia juga ingin hidup bahagia seperti beberapa rakan selebriti yang lain. Klik sini untuk lihat video.
“Doakan saya semoga bertemu jodoh dengan cepat. Macam rakan artis yang lain iaitu Nad Zainal, Mizz Nina. Apa pun doakan saya akan dapat jodoh yang baik, yang boleh sayang saya dengan anak-anak.” Sarah berkata demikian bagi menjawab soalan yang diajukan warganet yang bertanyakan apakah dia tidak mahu mencari suami baharu sewaktu melakukan sesi siaran langsung di laman TikTok, baru-baru ini. Dalam pada itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya turut berkongsi moto hidupnya yang tidak akan menoleh kembali kepada kisah lalu.
“Moto hidup saya, no turning back (tidak akan berpatah kembali) dan terutamanya kembali pada kisah hidup yang lalu.” Sementara itu, ditanya adakah dia terbuka sekiranya bakal suami merupakan seorang penggiat seni, bekas isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof itu menjawab dia tidak akan menidakkan hal tersebut. “Saya tidak akan cakap tidak, kalau saya cakap tidak nanti tiba-tiba manalah tahu dapat.” Terdahulu, kemelut rumah tangga yang melanda Sarah dan bekas suami Syamsul Yusof akhirnya menemui titik nokhtah apabila disahkan berpisah talak satu pada 14 Jun lalu.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun berpisah selepas empat tahun berlaku pergolakan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.