Sebelum ini, pelakon Emma Maembong menerima kritikan warganet apabila dikatakan tidak berpantang dengan betul selepas melahirkan bayi keduanya, Shakila Ryan Shah pada 10 Mei lalu. Ketika ditemui, Emma berkata dia tidak terasa hati dengan komen tersebut, sebaliknya mengganggap tindakan warganet berbuat demikian kerana mengambil berat tentang keadaanya. Malah, jelas Emma dia tidak menyangka apabila perkara itu menjadi bualan ramai.
“Sejak kebelakangan ini, banyak cerita mengenai saya selepas bersalin, benda viral yang saya tak nak pun. Saya bukan nak cipta sesuatu yang viral. Jadi, kalau dengan post aktiviti harian saya buatkan ramai Malaysia atau warganet tak senang sehingga jadi viral, saya tak akan cipta benda yang kontroversi dan viral. Mungkin warganet sayang dan ambil berat fasal saya, sebab itu benda jadi viral dan mereka bercakap.” Justeru, kakak kepada aktres Chacha Maembong itu mengambil pendekatan untuk tidak sering berkongsi mengenai aktiviti hariannya dalam media sosial.
“Oleh itu, saya mengambil langkah untuk perlahankan perkongsian di laman sosial. Sebab itu saya dah jarang aktif di laman sosial. Saya tak nak ganggu ketenteraman orang lain. Kang kalau saya post nanti, orang macam ‘Emma kenapa you dah kerja, anak masih kecil’ dan macam-macam lagi.” Terdahulu, nama Emma menjadi bualan ramai sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet apabila dikatakan tidak berpantang sepenuhnya selepas melahirkan anak keduanya, Shakila Ryan Shah pada 10 Mei lalu. Dia dilihat ‘selamba’ duduk bersila dan mendukung anak sulungnya, Shariq Gabriel, 3, semasa berlangsungnya sebuah majlis aqiqah yang diadakan hanya beberapa hari selepas selamat bersalin secara normal.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.