Azhar Sulaiman Kongsi Konsep senibina rumahnya dengan wargamaya

Azhar bin Sulaiman merupakan seorang pelakon, pengacara, arkitek dan pereka di Malaysia. Azhar Sulaiman mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara dan Universiti of Newcastle upon Tyne di United Kingdom dalam  dan Ijazah Sarjana Muda Seni bina.

Azhar Sulaiman memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 1989 serta perjalanan kerjayanya berjalan serentak semasa dia masih menuntut di ITM manjung. Kemudian Azhar Sulaiman memasuki Hero Remaja 1990/1991 dan mendapat tempat ketiga sekaligus menjadikan dia dikenali ramai.

Kediaman Azhar Sulaiman bertempat di Sungai Penchala Kuala Lumpur. Di dalam satu lot yang luas itu terdapat beberapa buah banglo yang didiami oleh 6 buah keluarga termasuk  bapa mentuanya Dato Pahamin Rajab yang juga merupakan Co-Founder Air Asia. Lot banglo tersebut mempunyai dua buah kolam renang serta setiap rumah dilengkapi dengan ciri-ciri khas yang tersendiri.

Baru-baru ini, di laman tiktok milik Azhar Sulaiman, dia berkongsikan ilmu mengenai konsep rumahnya itu. Dia menunjukkan laluan arah angin yang lalu di dalam rumahnya serta menunjukkan apa yang akan dibuat sekiranya untuk mengelakkan dari bahang panas.

Rata-rata ramai teruja apabila Azhar Sulaiman berkongsikan ilmu mengenai senibina itu. Ada yang komen supaya kongsikan lebih banyak ilmu seperti itu agar dapat digunakan oleh pelajar-pelajar senibina.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version