Pelakon Aprena Manrose memaklumkan dia bakal kembali berlakon selepas berehat sekejap bagi memberi fokus kepada rawatan IVF yang dilakukan pada hujung tahun lalu. Ketika ditemui, Aprena Manrose mendedahkan dia sudah menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, kata Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, proses tersebut tidak berjaya namun ia langsung tidak mematahkan semangatnya untuk mencuba lagi.
“Sebenarnya saya berehat lama dari dunia seni sebab saya ada jalani proses IVF pada hujung tahun lalu. Tapi belum ada rezeki untuk saya dan suami. Jadi, bila saya dah buat sekali, saya rasa down juga la. Tapi baru sekali, ada orang buat banyak kali pun masih belum ada rezeki. Bagi saya, tak apa la… sekali pernah buat, saya berehat kejap untuk kerja balik. Insya-Allah kalau ada rezeki lagi, saya akan buat semula.” Sepupu kepada aktres Uqasha dan Nelydia Senrose ini berkata ditemui ketika majlis pelancaran koleksi terbaharu jenama NADA, Summer To Remember di Hotel Majestic Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terdahulu, Aprena berkahwin dengan suaminya iaitu Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.