TIADA wujud perasaan sedih atau cemburu dalam diri Watie Hanifiah apabila suaminya Shuib masih terkenangkan isterinya Siti Sarah Raisuddin. Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, sebaliknya berkata, sebagai isteri dia tetap setia di sisi suami kerana memahami beberapa tindakannya dapat mengubat rasa rindu terhadap Allahyarham. Malah kata usahawan itu, kisah silam Shuib juga yang membuatkan dia mampu berada di sisi pelawak berkenaan.
“Sejujurnya tiada apa-apa perasaan… bagi saya apa yang menggembirakan hati dan mampu mengubat kerinduannya saya okay sahaja. “Bagi saya nak cemburu pada orang yang telah tiada pun buat apa, adanya saya di sini pun disebabkan kisah mereka yang sudah tiada. “Saya terima dengan hati terbuka. Alhamdulillah Allah tidak meletakkan rasa sedih atau cemburu dalam diri saya,” katanya.
Watie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Zumba bersama Fasha Sandha di Kuala Lumpur yang berlangsung pada pagi Sabtu. Dalam pada itu, Watie bersyukur apabila hubungan mereka kini semakin disenangi malah ramai mendoakan kebahagiaannya bersama penyampai radio Suria FM itu. Watie berkata, dia tidak berasa kekok menjadi isteri kepada seorang selebriti popular malah tidak mengambil pusing komen negatif dilemparkan terhadap dia atau suami. “Sebelum ini orang mungkin belum kenal saya lagi… Alhamdulillah sekarang sudah boleh sesuaikan diri dengan kehidupan bersama Shuib.
“Komen negatif sebelum ini tak beri kesan pun terhadap saya, sebaliknya komen positif yang saya terima selepas kahwin lagi memberi kesan. Sebab takut sekiranya akan mengecewakan mereka,” kongsinya. Untuk rekod, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam, pada 23 Jun lalu. Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun. Siti Sarah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.