Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membuat warganet kagum dengan sikap dan tindakannya yang sentiasa merendah diri. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Hot FM, Khairy yang mesra disapa KJ bercerita, ketika beliau menjadi menteri terdapat dua perkara yang membuatnya kurang selesa antaranya adalah gelaran pada pangkat. “Ada dua benda yang saya ingatlah dulu yang saya kurang selesa. Yang pertama apabila orang nak memperkenalkan diri, mereka sebut gelaran mereka sekali. Contoh saya Datuk.. Saya tak selesa, cakaplah nama sahaja. Klik sini untuk lihat video.
Selain itu, KJ juga meminta pegawai-pegawainya untuk tidak menyediakan saf khas di bahagian depan ketika menunaikan solat di masjid. “Yang kedua, yang ini saya minta pegawai saya hentikan perkara ini dahulu. Bila kita pergi solat, selepas itu ada yang khaskan tempat solat di bahagian depan. Kalau datang lewat sepatutnya dekat belakang sahajalah. Sama sahaja kita dalam masjid itu. Saya tak akan duduk depan. Dalam pada itu, AG dan Johan secara berseloroh merendah diri dengan berkata mereka juga tinggalkan gelaran ‘Datuk’ di rumah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap rendah diri bekas Ahli Parlimen Rembau tersebut terutama ketika beliau bertindak adil dengan tidak mementingkan diri ketika mengerjakan ibadah di masjid. Dalam pada itu, warganet juga mahu pihak Hot FM mengekalkan gabungan KJ bersama-sama penyampai-penyamai Bekpes Hot.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.