TIADA sebarang syarat ditetapkan pelakon Syafiq Kyle terhadap isterinya berhubung batasan dalam bidang lakonan selepas mereka sah bergelar suami-isteri dua bulan lalu. Mimi Lana, 30, sebaliknya berkata, sebagai isteri dia sedar perlu menjaga batas tidak hanya ketika berlakon tetapi pergaulan ketika berada di set penggambaran.
Bagi Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, perkara itu tidak perlu diingatkan kerana sebagai seorang individu dia boleh berfikir sendiri mengenainya. “Tiada syarat sebab sebelum ini saya dan Syafiq pun sudah lama kenal, sebagai manusia benda itu saya boleh fikir sendiri tanpa perlu sesiapa ingatkan. Kami pun memang ada berbincang tentang perkara itu sebelum berkahwin lagi, jadi tiada masalah,” katanya.
Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem First Wives di TGV KLCC pada malam Rabu. Bercerita mengenai kehidupan selepas bergelar isteri, Mimi memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah membahagikan masa di antara karier dan peribadi. Malah kata Mimi, ketika ini dia banyak menghabiskan masa menjalankan tanggungjawab sebagai isteri memandangkan masih belum memasuki set penggambaran.
“Alhamdulillah semua rezeki daripada Allah tapi fasal bahagikan masa setakat ini tiada masalah. Kami pun baru berkahwin dua bulan. Sekarang saya masih belum masuk set penggambaran tapi doakan saya agar semua urusan kami dipermudah,” jelasnya. Untuk rekod, Mimi dan Syafiq, 33, mendirikan rumah tangga pada 14 Februari lalu di Taiping, Perak.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat mereka. Dalam perkembangan lain, Mimi bakal tampil dengan drama terbaharu lakonannya berjudul First Wives. Selain Mimi, pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut ialah Melissa Campbell, Malek Mccrone, Charles Robert, Zeera Azizi dan Andy Teh. First Wives yang mempunyai lapan episod itu akan mula ditayangkan pada 11 April ini menerusi platfrom penstriman On Demand, Astro GO dan sooka.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.