Dah selesaikan secara dalam talian depan hakim, Syamsul Yusof nekad untuk tarik balik saman terhadap Jawi

PENGARAH Syamsul Yusof bertindak menarik saman balik saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang Khamis. Peguam mewakili Syamsul iaitu Azahir Nasir berkata, pengurusan kes itu diselesaikan secara dalam talian di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh. Pada 28 Mac lalu, Syamsul bertindak memfailkan saman dengan menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Mohd Haris Abdllah, Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail dan MAIWP selaku defendan pertama hingga ketiga.

Dalam tuntutan tersebut, Syamsul, 39, mendakwa ibunya iaitu Datin Patimah Ismail menyerahkan sekeping gambar melalui WhatsApp turut memaparkan nama, nombor kad pengenalan, sebahagian tandatangan dan keterangan isterinya Faghira Fatini Kazaruddin, 28, sewaktu dipanggil oleh Jawi pada 23 Disember 2022. Kata Syamsul, keterangan tersebut memaklumkan dia dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ira Kazar telah menjalinkan hubungan sulit di antara 2019 dan 2021. Bagaimanapun Ira menafikan tentang keterangan diberikan semasa dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan gangguan orang ketiga yang difailkan oleh bekas isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Malah Ira turut membuat laporan polis berhubungan penyebaran keterangan berbaur fitnah itu pada 23 Disember 2022. Akibat kejadian tersebut, Syamsul berkata dia dimarahi oleh ibunya dengan kata-kata mengguris perasaan dan turut mengakibatkan dia mengalami tekanan perasaan. Syamsul juga percaya penyebaran itu dilakukan bagi memalukan, mengaibkan dirinya dan berniat jahat. Pada 14 Jun lalu, Syamsul melafazkan talak terhadap Puteri Sarah di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah, 38, mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun. Syamsul mendedahkan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan Ira di Thailand berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi pada 6 Januari 2023. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version