Nama Jep Sepahtu pula kena petik bila Ustaz Kazim cerita ada pelawak yang tanggung bil surau dan masjid

Bukan semua selebriti gemar menunjukkan kemewahan di media sosial kerana ia lebih bersifat privasi. Kebanyakan mereka lebih selesa memuat naik perkara berkaitan kerjaya dan hasil karya mereka untuk dikongsikan kepada peminat. Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai firdauszuki, dia telah memuat naik semula potongan ceramah dari pendakwah bebas iaitu Ustaz Kazim Elias yang mencerita kebaikan seorang selebriti yang suka bersedekah. Klik sini untuk lihat video.

Memetik dari cerita yang disampaikan, Ustaz Kazim memaklumkan yang jiran kepada pelawak berasal dari Johor itu memaklumkan bahawa bil-bil elektrik di masjid dan surau-surau sekitar kampungnya telah dibayarkan oleh pelawak itu. “Pelawak ni, bil elektrik di masjid, di surau kampungnya dia yang bayar. Mak bapak dia pulak, anak tak bagi berniaga dah, tapi sebab ada pekerja, ada yang ibu tunggal, ada yang orang susah. Kalau tutup kedai macam mana dengan nasib pekerja-pekerjanya. Orang tak ada duit pergi kedai, dia bagi makan percuma. Sejak dulu sampai sekarang dia tak miskin, kedai dia tak tutup, anak dia makin murah rezeki sebab bersedekah,

Sebagaimana sabda Nabi, tidak akan berkurang harta dengan sebab kita bersedekah,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, ramai telah memetik beberapa nama pelawak yang berasal dari Johor. Ada di antara mereka merasakan yang pelawak serta selebriti yang dimaksudkan adalah Jep Sepahtu memandangkan ibunya mempunyai kedai makan di kampung halaman.

Walau bagaimanapun, Ustaz Kazim tidak pun mendedahkan identiti sebenar selebriti itu, namun apa yang dilakukan sememangnya memberi contoh baik kepada semua lebih-lebih lagi peminatnya yang sentiasa memberkan sokongan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version