Pelakon Puteri Sarah berharap warganet tidak mengambil serius berhubung sepotong video memaparkan dirinya yang melakonkan semula gelagat para ibu menyeludup makanan ketika di hotel. Menerusi hantaran di Instagram Story, Sarah berkata video berkenaan sekadar parodi dan dikongsikan dengan niat bergurau sahaja. Justeru, Sarah berharap gurauannya tidak dipandang serius sehingga mengganggu emosi. “Video parodi saya viral sejak kelmarin. Ada yang terhibur, ada juga yang mengambil serius, sampai rasanya mengganggu kehidupan anda. Yang terhibur, Alhamdulillah. Yang sampai mental serius sangat dengan video itu terutama acik-acik FB dan media sosial lain. Klik sini untuk lihat video.
Orang pun tahu ini hanya parodi sahaja. Semoga yang tersakiti, saya doakan hidup anda semua dipermudahkan dan diberkati Allah.” Dalam pada itu, Sarah berharap agar waranet lebih bersikap terbuka dan santai menonton konten yang disajikan dalam media sosialnya. “Saya cadangkan untuk lebih santai sikit, jangan terlalu membenci dan emosi nanti cepat tua.” Terdahulu, Sarah memuat naik sepotong video di Instagram dengan menunjukkan cara para ibu membungkus makanan di hotel tatkala anak-anak tidak dapat menghabiskan makanan tersebut. Menerusi video berkenaan, Sarah dilihat menggunakan tisu untuk membalut ‘sosej’ dan kentang goreng yang diambil sebelum memasukkan makanan tersebut ke dalam beg.
Komen warganet:
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.