PENERBIT drama Datuk A. Aida turut terkesan dengan berita pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Pahang, Datuk Seri Johari Harun yang pergi menghadap illahi dalam pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam pada petang Khamis. A. Aida atau Zaidah Awang, 53, berkata, Allahyarham merupakan seorang kenalan dan mereka pernah berhubung atas urusan kerja sebelum ini. Malah beritahunya, kali terakhir dia berhubung dengan Johari sekitar dua minggu lalu bagi membincangkan tentang penggambaran filem terbaharu terbitan A Aida Production.
“Saya kenal Allahyarham dan pernah minta bantuannya bagi urusan meminjam helikopter untuk tujuan penggambaran filem terbaru saya. Kali terakhir kami berhubung kira-kira dua minggu lalu dan sepatutnya akan berjumpa pada awal September ini. Saya juga ada berbincang dengan arwah untuk tampil sebagai tetamu dalam sebuah program televisyen,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat. Dalam pada itu, A. Aida berkata, ketika membaca laporan mengenai kejadian itu, dia tidak dapat menahan air mata apabila mengetahui Johari adalah salah seorang mngsa berada dalam pesawat Beechhcraft Model 390 itu.
“Apabila terima khabar tersebut, saya memang tak dapat menahan air mata. Terkejut sebab arwah turut ada dalam pesawat itu. Saya terkedu seketika dan pemetrgian arwah satu kejadian yanga amat menyedihkan,” ujarnya. Pada petang Khamis, negera dikejutkan dengan berita kejadian pesawat terhempas di Lebihraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam. Johari disahkan sebagai salah seorang mngs bersama lapan lain di dalam pesawat berkenaan temasuk dua anak kapal. Kejadian turut mengorbankan seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui tempat kejadian selain seorang lagi pemandu e-hailing.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.