Bekas pelajar sekolah agama, penunggang motosikal yang terlibat dengan kejadian tu ditemui dalam keadaan lengkap

Seorang penghantar makanan yang dikenali sebagai Muhamad Hafiz Muhamad Salleh antara 10 yang terlibat dalam tragedi pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam, semalam. Memetik laporan Berita Harian, biarpun kurang sempurna, namun jnzhnya dikatakan ditemui dalam keadaan lengkap. Perkata itu dimaklumkan sendiri oleh adik kepada mangsa iaitu Norhikmah Muhammad Salleh, 26. “Kami sekeluarga dimaklumkan pengecaman jnzh abang, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, sukar dilakukan kerana wajahnya kurang sempurna, tetapi dikatakan anggota badan masih lengkap. Klik sini untuk lihat video.

Sementara itu, seorang individu yang dipercayai rakan sekolah kepada mngsa berkata arwah merupakan pelajar sebuah sekolah agama yang terletak di Kulim, Kedah. Menurut individu itu lagi, arwah mempunyai peribadi yang baik dan tidak lokek dengan senyuman. “Dia kawan sekolah saya di Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah, Kulim, Kedah. SPM 2008. Arwah memang seorang baik, tak lekang daripada senyuman. Allahuakbar.” Individu berkenaan berkongsi mengenai perkata itu menerusi komen yang ditinggalkan pada sebuah hantaran berita mengenai tragedi terbabit di laman TikTok.

Terdahulu, Muhamad Hafiz yang bekerja sebagai penghantar makanan dikatakan kebetulan lalu di lokasi kejadian dan menjadi antara 10 yang pergi menghadap illahi akibat kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina dekat Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 2.40 petang semalam. Jet peribadi jenis Beechcraft Model 390 itu berlepas dari Langkawi, Kedah dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, pada jam 2.50 petang, namun terhempas dua minit sebelum waktu pendaratan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version