Tahu ibu bapa dah tak bersama, anak sulung setuju kalau Inara nak kahwin lain

ISTERI kepada penyanyi Virgoun iaitu Inara mendedahkan anak sulungnya iaitu Starla Rhea Idola Virgoun bersetuju sekiranya ibunya berkahwin lagi. Inara berkata, anak sulungnya itu mengetahui mengenai hubungannya dengan Virgoun selepas melihat ibu bapanya tidak bersama. Jelasnya dia juga ada memaklumkan pada anak-anaknya bahawa Virgoun sedang sibuk berkerja apabila melihat dilihat tidak lagi bersama. “Saya pernah tanya Starla sekiranya saya atau Virgoun berkahwin lagi.

“Dia sudah sedia maklum tentang hubungan saya dengan Virgoun selepas bertanya kenapa kami sudah tidak bersama lagi. “Dia pernah tanya saya dan Virgoun seudah berbaik atau belum… jadi dia tahu kalau ada sesuatu terjadi diantara kami,” katanya. Inara mendedahkan perkara itu semasa menjadi tetamu di sebuah saluran YouTube. Berkongsi lebih lanjut, Inara memaklumkan Starla hanya mahu melihat dirinya bahagia sekiranya berkahwin lagi. agaimanapun Starla seakan tidak setuju sekiranya Virgoun berkahwin lagi.

“Kalau mummy lebih bahagia tiada apa, tapi kalau daddy boleh ke dia? Nak uruskan diri sendiri juga masih macam itu,” luahnya. Pada Mei lalu, Virgoun memfailkan talak terhadap Inara selepas isterinya mendedahkan ketidak setiaan secara terbuka. Untuk rekod, Virgoun dan Inara telah mendirikan rumah tangga pada 2014. Selain Starla, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Faithlee As-Sya’ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version