Azhar Sulaiman berhasrat nak jual nombor plat MAFI4 dengan harga bermula RM1.85 juta, tapi komen warganet buat ramai yang terhibur

Pelakon Azhar Sulaiman menyatakan hasrat untuk menjual nombor pendaftaran kenderaannya, MAF14 dengan harga bidaan bermula dari RM1.85 juta di akaun TikTok miliknya, baru-baru ini. Menerusi perkongsian tersebut, Azhar turut memuat naik foto keretanya model Nissan Murano berwarna hitam yang pernah tular tiga tahun lalu disebabkan oleh nombor pendaftaran unik. Dalam pada itu, dia yang mempunyai beberapa syarikat seni bina di Malaysia turut meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya terdapat mana-mana individu berminat untuk membeli.

“Satu-satunya gelaran mafia untuk dijual. Bidaan bermula dari RM1.85 juta. Jika anda mafia sebenar, hubungi nombor tertera,” tulisnya dalam perkongsian tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Azhar atau mesra dipanggil Behar sempat berseloroh kononnya mahu menukar nombor pendaftaran mahal itu dengan kenderaan masing-masing.

Beberapa tahun dahulu, Azhar pernah jadi tumpuan warganet apabila berkongsikan gambar lesen kenderaan yang baru diperbaharui di laman Instagram miliknya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version