Lepas isteri, Aeril Zafrel beri kejutan pada anak permpuannya

SELEPAS memberi kejutan menghadiahkan isterinya, Wawa Zainal dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Brabus 900 Rocket Edition tiga hari lalu, pelakon Aeril Zafrel memberi kejutan buat anaknya, Hayla Maghfiratul Adzkiya. Istimewanya kejutan itu dibuat sempena hari jadi Hayla yang ke-8.

Hari itu, nampak video kejutan mak dia. Dia pun nak juga. Maaflah ini sahaja yang ayah boleh buat. Dah tak ada idea dah nak buat apa. Selamat ulang tahun Hayla Adzkiya,” kongsi Aeril.

Menerusi video yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya, Aeril membawa Hayla keluar berdua dan melayannya makan, membeli hadiah, melakukan rawatan kuku, membawa menaiki helikopter serta terakhir membawanya menaiki kereta pacuan empat roda dengan tema Barbie bagi meraikan hari jadi Hayla bersama keluarga dan teman-teman.

Rata-rata pengikut sosial media Aeril dan Wawa turut sama tersentuh melihat usaha pelakon berusia 35 tahun itu menggembirakan hati anaknya.Terdahulu, Aeril menghadiahkan Wawa kereta pacuan empat roda jenis Brabus 900 Rocket Edition yang dianggarkan bernilai RM2.4 juta.

Momen penuh bermakna tersebut dikongsi Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari menerusi laman sosial dan memaklumkan kenderaan berkenaan sudah lama menjadi idaman suri hatinya.

“Akhirnya dapat juga hadiahkan si oren ini untuk dia. Kalau marah marah lagi tak tahulah aku, ‘sweet’ tak saya?” tulisnya bersama sebuah video pendek sepanjang momen kejutan itu.Kredit SinarHarian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version