BERTUBUH genit dengan berat badan kira-kira 50 kilogram (kg) bukan penghalang buat Nur Mashitoh Mukhtar, 30, mencabar diri dalam dunia sukan lasak yang dikenali sebagai sukan ‘strongwomen’ dan ‘crossfit’.
Melihat foto yang dikirimkan anak kelahiran Terengganu ini membuatkan penulis teruja untuk mendekati dan mengenalinya dengan lebih dekat terutama membabitkan sukan yang diminatinya.
Lebih mesra disapa Ctos, ibu tunggal kepada seorang cahaya mata ini mula menceburkan diri dalam sukan berkenaan pada 2018 ketika menjalani latihan industri di Institut Sukan Negara (ISN) sebagai juruterapi sukan.
Jelasnya, sebagai pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mempunyai pengkhususan dalam rehabilitasi sukan, dia perlu menjalankan latihan industri di ISN untuk membantu merawat atlet kebangsaan.
Ketika itu, sambil menjalani latihan industri saya mencuba untuk latihan angkat berat atau dikenali sebagai ‘deadlift.’ Apabila mencubanya saya berasakan ada keupayaan melakukan pelbagai jenis ‘deadlift’ antaranya ‘conventional,’ ‘squad,’ ‘snatch’ dan ‘stiff legged.
Dipendekkan cerita ada seorang kawan yang melihat kemampuan saya dan mengajak menyertai ‘strongwomen’ yang sebenarnya saya sendiri tidak mengetahui mengenai sukan itu memandangkan ia masih baharu di Malaysia,” katanya. Tambahnya, apabila melihat kejohanan itu dia sendiri tidak berani mencubanya pada peringkat awal kerana membabitkan kemampuan mengangkat bebanan yang begitu tinggi.
Namun, saya tekadkan semangat meneruskan sebagai percubaan dan ia bukan sesuatu sukan yang mudah terutama kita perlu mempunyai latihan yang cukup ketat iaitu lima kali seminggu serta mempunyai berat badan ideal.
Saya masih ingat saya perlu makan lapan kali sehari dengan setiap hidangan semuanya bersaiz makan tengah hari dan sumber protein tinggi amat diperlukan dengan baik,” katanya. Jelasnya, menerusi kejohanan itu, setiap peserta perlu menterbalikkan tayar seberat 250kg, ‘deadlift’ dengan bebanan 100kg, squad dengan bebanan 100kg, mengalihkan bola konkrit antara 30kg hingga 50kg dan menarik trak yang mempunyai berat melebihi satu tan ke atas.
Menerusi kejohanan ‘strongwomen’ saya tidak pernah mendapat kedudukan terbaik kerana ada antara disiplin yang saya tidak mampu melakukannya. Namun, ia pengalaman yang paling berharga untuk saya kerana pernah menceburi sukan ini dengan mengikuti sebanyak dua kali kejohanan. Selepas itu, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan Covid-19 saya tidak menjalani latihan yang baik. ‘Strongwomen’ ini memerlukan latihan intensif, jika tidak prestasi akan menurun. Selain itu, saya juga mengandungkan anak pertama dan mempunyai masalah peribadi, jadi perlu menoktahkan pembabitkan di dalam sukan ini,” katanya
Meskipun tidak lagi aktif dalam ‘strongwomen’, bekas atlet UPSI dalam sukan futsal itu meneruskan minatnya dalam sukan ‘crossfit’ yang mempunyai pelbagai latihan kecergasan otot. Saya sehingga kini meneruskan aktiviti ‘crossfit’ kerana mempunyai hampir persamaan dengan latihan ‘strongwomen’. Cuma ia membabitkan kepantasan dan perlu selari dengan kekuatan otot.
Selain itu, saya kembali aktif dalam bola keranjang yang ditinggalkan sejak zaman sekolah dan berjaya menduduki tempat ketiga bersama pasukan saya, Tryst pada tahun lalu di peringkat kebangsaan,” katanya.
Jelasnya, apabila menyertai pelbagai jenis sukan ia amat membantu dirinya untuk memahami fungsi otot seorang yang aktif dalam pelbagai jenis sukan memandangkan dia mempunyai kerjaya sebagai juruterapi sukan. Pada 2019, saya membuka pusat rehabilitasi sukan di Seri Kembangan, Selangor dan pelanggan saya mempunyai pelbagai jenis latar belakang sukan yang mereka sertai. Jadi, pengalaman dalam dunia kecergasan memberi nilai tambah apabila memberi rawatan kepada pelanggan,” katanya.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut