Tengah hangat pasal isu orang ketiga, Che Ta nasihatkan para isteri jangan selalu tayang gambar suami dekat media sosial

BIMBANG isu orang ketiga di dalam rumah tangga yang hangat diperkatakan, pelakon Rozita Che Wan mengingatkan golongan isteri agar tidak kerap berkongsi foto suami mereka di media sosial. Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 52, berpendapat lelaki berkahwin kini lebih laris berbanding mereka yang bujang mahupun bergelar duda. “Zaman sekarang jangan tayang suami dekat media sosial. Nanti ramai yang berkenan. “Zaman sekarang bujang, duda tak laku. Laki (suami) orang laku, laki kita pula elok… jadi kita simpan. Tayang muka kita sahaja dekat media sosial,” luahnya.

Che Ta berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang memaparkan dia bersama suami iaitu Zain Saidin. Bagaimanapun dalam hantaran tersebut, Che Ta tidak memaparkan keseluruhan wajah Zain dengan jelas. Perkongsian pelakon drama Kiah Pekasam itu turut dipersetujui oleh pengikutnya terutama golongan wanita. Malah ada di antara mereka berseloroh ingin ‘menyimpan’ suami masing-masing di dalam rumah sahaja. “Sokong, tayang suami nanti kena kebas. Jangan tayang rumah besar juga Che Ta. “Letak suami dalam peti sejuklah, tak pun ikat rantai biar orang tak tahu,” antara komen warganet.

Untuk rekod, Che Ta dan Zain, 39, berkahwin pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun. Sebelum itu, aktres berkenaan pernah mendirikan rumah tangga dengan Azuar Effendy zulkafly pada 26 Ogos 1995 namun berpisah pada 8 Mei 2003. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 27 dan Aniq Ezzra, 25 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version