Pernah dilayan buruk oleh Zaiza, terkejut bila bekas menantu Zainal Abidin bongkarkan pasal ni

Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia tampil mendakwa dia pernah dilayan dengan buruk malah dihina oleh bekas suami, Mohd Zaiza. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Sofia mendedahkan bahawa dia dicaci dengan gelaran yang tidak baik, malah dia juga pernah ditertawakan oleh keluarga bekas suaminya ketika berada di dalam kesusahan. “Jangan kata ini semua fitnah kerana bukti semua ada. Bukan hanya setakat dalam mesej tetapi juga bentuk lain. Hina sungguh saya dibuatnya. Kalau dengan ini boleh mendapat respon awak, saya akan buat. Tidak pernah sekalipun adik-beradik saya serta saudara mara saya masuk campur dan memberi pandangan buruk terhadap perkara yang berlaku.

Dalam pada itu, wanita berusia 37 tahun ini turut membongkarkan bahawa bekas suaminya didakwa mengabaikan nafkah selain bertindak melelong rumah mereka. “Nafkah awak tak bagi langsung pun saya terima kerana bagi awak peluang untuk cari kerja. Bulan demi bulan, masuk ke tahun lamanya berjanji untuk bekerja. “Awak lelong rumah dan buat saya hilang tempat berteduh dan bawa lari anak-anak ketika saya tengah bekerja kerana awak tak bayar rumah dan menipu mengatakan ayah awak bayar. Klik sini untuk lihat video.

Seminggu saya duduk di hotel dan menumpang rumah kawan sementara cari rumah baru dan memohon cuti sehingga kurang pendapatan saya. Saya sampai di rumah, saya nampak ada tuan rumah baru. Awak lelong sekali dengan segala barang di rumah. Saya hanya dibenarkan bawa baju-baju saya sahaja dan atas budi bicara tuan rumah baru.” Walau bagaimanapun, Sofia tetap mengucapkan rasa syukur kerana diberi kehidupan yang lebih baik meskipun dianiaya.

Terdahulu, Sofia dan Zaiza berpisah talak satu pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Untuk info, pasangan itu berkahwin pada 15 Januari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana, 2. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version