Pelakon Serina Redzuawan meluahkan rasa syukur sel knsr limfoma yang dihidapi bapanya, Chef Wan belum menyerang organ termasuk otak. Memetik BH Online, Serina berkata bapanya mempunyai semangat yang kuat melwn penyakit tersebut. Malah, dia sudah mendapat keizinan suami untuk menjaga bapanya namun tidak dipersetujui oleh selebriti cef berusia 65 tahun itu. “Saya duduk di Perlis. Disebabkan jauh, saya selalu mesej papa, lebih lagi, sesi kemoterapi kitaran keempat lebih kuat, jadi papa pening dan sesak nafas.
“Keadaan ini membuatkan saya lebih risau. Saya ada datang melawat papa di Kuala Lumpur dan beritahu suami izinkan saya menjaganya di hospital. Namun, papa tak setuju kerana keadaannya belum lagi terlantar. Doktor pun tak sarankan keluarga temankan di hospital kerana sekarang banyak kes penyakit merebak. “Sedih juga bila papa tak izin menjaganya. Sebagai anak, saya boleh tinggal semua benda dan berada di sisi papa. Tetapi, saya perlu memahami kehendak papa, dia cakap masih kuat,” katanya.
Menurut Serina lagi, bapanya sempat menderma kepada institusi knsr untuk menjalankan kajian lebih mendalam mengenai knsr dan bantu orang lain dalam keadaan sakit. “Itulah papa, beliau pun sakit, tetapi masih fikir nak bantu orang. Jadi, bila nampak papa positif, saya jadi positif. “Saya tak nak tunjuk kesedihan di depan papa. Ini kerana beliau memerlukan sokongan moral, jadi saya tak boleh tunjuk kerisauan,” katanya. Minggu lalu, Chef Wan memaklumkan dirinya menghidap knsr limfoma. Namun, doktor memaklumkan peluangnya untuk sembuh sangat besar iaitu antara 70 hingga 80 peratus.
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.