PELAKON Diana Danielle sudah memaafkan bekas suaminya aktor Farid Kamil selain memilih melupakan semua masalah yang pernah berlaku di antara mereka sebelum ini. Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, berkata, sifat memaafkan itu juga salah satu cara dia memperbaiki diri selain meneruskan hidup tanpa sebarang perasaan tidak baik dalam dirinya. “100 peratus saya maafkan dia (Farid)… Memaafkan itu lebih kepada untuk diri sendiri. Ia lebih mudah untuk saya teruskan hidup dan menjadi seorang yang lebih baik. “Kalau kita membenci, ia akan wujud dan merasai perkara itu… Saya tak mahu beratkan hati dengan perasaan sebegitu. Saya maafkan semua orang dalam hidup saya,” katanya.
Diana ditemui ketika majlis santai bersama media sempena pelancaran lagu baharunya berjudul Bersama Dengan Rindu yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Jumaat. Dalam pada itu, Diana lebih selesa untuk tidak mengulas isu rumah tangganya sebelum ini termasuk tentang apa sebenarnya yang terjadi dalam perkahwinan mereka sehingga berakhir dengan penceraian. Ini termasuk soal hubungan mereka selepas berpisah kerana merasakan ia terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum. “Komunikasi antara kami saya anggap sebagai peribadi… Tak perlu saya cerita pada orang sebab tak mahu timbul sebarang masalah di kemudian hari.
“Farid juga seorang yang dikenali, jadi saya tak mahu orang hilang rasa hormat terhadap kami. Sekarang ini fasa baru buat kami berdua dan masih cuba menyesuaikan diri. Berikan kami ruang untuk mencari momentum itu,” ujarnya. Ditanya tentang kehidupan membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal, Diana menegaskan dia tidak pernah keseorangan kerana Farid sentiasa ada menjaga Muhammad, 8 dan Nur Aurora, 8 tahun. “Memang berbeza sebab saya sendirian tapi saya tidak membesarkan anak-anak seorang diri sebab Farid sentiasa ada walaupun kami tidak lagi tinggal sebumbung.
“Anak-anak masih ada ayah mereka dan Farid akan menjadi seorang bapa yang terbaik buat mereka. Bila dan di mana dia berjumpa Muhammad dan Aurora, biarlah ia menjadi kisah peribadi kami,” jelasnya. Diana dan Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, sah berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu. Pada 21 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak penjagaan penuh dua anak mereka kepada Diana. Untuk rekod Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.