Isteri pertama dedah telah mengurung diri selama 2 minggu dalam bilik lepas Rahim cakap bakal nikah satu lagi

Isteri pertama kepada pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu iaitu Norazlin Abdullah mendedahkan dia telah mengurung dirinya selama dua minggu di dalam bilik selepas suaminya memberitahu bakal bernikah sekali lagi. Menerusi hantaran video di TikTok Sinar FM, Norazlin atau mesra dengan sapaan Kolin berkata, mustahil untuk dia tidak berasa sedih apabila mendapat tahu berita tersebut. Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk melupakan rasa sedih itu selepas dua minggu berkurung. “Saya percaya semua wanita akan berasa sedih bila tahu suami mahu kahwin dua. Mustahil kalau saya kata tidak sedih.”

“Berapa lama masa untuk move on itu bergantung kepada individu, macam saya hanya mengambil masa dua minggu sahaja. Sebabnya, Rahim memainkan peranan dia sebagai suami dengan baik. Saya rasa tidak dibuang pun. Sepanjang dua minggu itu saya duduk dalam bilik. Saya tak keluar rumah, tak pergi mana-mana. Kemudian baru diri saya dah rasa okey. Saya keluar bilik. Terus saya move on dan lupakan perasaan sedih itu.”Kolin berkongsi mengenai perkara itu ketika menjadi tetamu dalam sebuah segmen di stesen radio tersebut, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Kolin berkata ibunya merupakan individu yang menjadi sumber kekuatan buat dirinya. “Sumber kekuatan itu mungkin datang daripada ibu saya. Dia pernah pesan dekat saya mengatakan yang setiap orang ada bahagian mereka masing-masing. Mungkin inilah bahagian saya (hidup bermadu). Waktu berlaku itu saya senang dengan suami, tak akan saya nak lepaskan dia., tak akan saya nak lepaskan dia. Kami sudah ada keluarga, ada anak-anak. Semua sudut diambik kira dan difikirkan.” Rahim atau nama sebenarnva Rahim Mat Ali, 49, mempunyai dua orang isteri iaitu Norazlin Abdullah, 43, dan Lily Khay berasal dari Simpang Renggam, Johor.

Pelawak itu dikatakan berkahwin dengan isteri keduanya pada tahun 2015 atas persetujuan isteri pertama dan mendedahkan perkara itu kepada umum setahun kemudian. Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Rahim dikurniakan empat orang anak iaitu Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version