Pelakon Diana Danielle, 32, yang baru bercerai dengan bekas suami juga pelakon, Farid Kamil, 42, pada 10 Ogos lalu, menarik perhatian netizen di akaun media sosialnya. Menerusi perkongsian di Instagram, Diana memuat naik tiga keping fotonya di sebuah restoran dengan ‘memegang tangan seseorang’ yang sekali gus membuat netizen terhibur.
Ini kerana, tangan dipegang pelakon filem Imaginur itu adalah rakan wanitanya, namun segelintir netizen tetap meminta agar Diana menghormati tempoh edah yang masih baharu. Tampil menggayakan ‘dress’ tanpa lengan berwarna gabungan merah putih dengan kapsyen foto ditulis, ‘you’ re on a date with me’ (awak sedang ‘dating’ dengan saya), nyata membuat netizen tertarik menulis pelbagai komen.
Rata-rata netizen ada menegur Diana agar dia menjaga tempoh edah, batas pergaulan serta status diri sebagai ibu tunggal. Jaga edah, kita ini orang Islam,” tulis seorang netizen. Dah tentu-tentu tangan kawan perempuan dia,” tulis seorang lagi warga maya.
Alahai, janganlah ‘pembaris’ sangat, ini idea-idea content saja, ” kata netizen. Subhanallah, cantiknya macam anak dara,” tulis warganet di ruangan komen. Terdahulu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson sah bercerai talak satu dengan Farid secara atas talian (online) di aplikasi Google Meet di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Kemelut rumah tangga pasangan yang berkahwin selama 11 tahun ini mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu. Diana mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan yang berpanjangan selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk perceraian itu.
Pasangan Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.