Pendakwah selebriti, Da’i Syed, 27, nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap dua wanita yang didakwa menyebarkan semula fitnah terhadap dirinya.
Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful berkata, dia tidak boleh berdiam diri terhadap dakwaan fitnah yang disebarkan semula itu apabila ia juga dikaitkan dengan keguguran dialami isterinya, Nurul Hana Ismail pada 26 Julai itu.
Dakwaan awal fitnah ini berkaitan dengan kes mahkamah saya yang sudah selesai dan nama pun sudah dibersihkan. Namun, ia diterbitkan semula dan dikaitkan juga dengan keguguran kandungan isteri yang dikatakan kifarah untuk kami. Atas sebab itu, saya rasa tidak boleh berdiam diri lagi dan kena ambil tindakan undang-undang juga.
Ia sesuatu yang bagi saya amat melampaui batas. Apatah lagi, hal ini adalah suatu fitnah terhadap saya. Dia juga dilihat seolah-olah cuba mengambil kesempatan di atas kesedihan dialami saya dan isteri,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sebuah hotel, di sini, hari ini. Hadir sama, isteri dan peguamnya, Syed Amirul Syed Edros.
Syed berkata, dia menganggap perkara itu sebagai satu kenyataan salah dan sengaja diada-adakan. Minggu lalu, wanita terbabit dikatakan memuat naik semula keratan berita mengenai kes rogol itu di media sosialnya dan tular. Wanita itu yang mendakwa dirinya sebagai mangsa perkosaan pendakwah terbabit turut mengaitkan kehilangan anak dalam kandungan isterinya itu adalah kifarah di atas perbuatan buruk itu.
Dalam pada itu, Syed juga akan memulakan tindakan undang-undang terhadap seorang lagi wanita atas fitnah yang diterbitkannya pada 23 November 2021. Sebelum ini, pada 26 November 2021, wanita itu membuat satu laporan polis yang menyatakan bahawa dia mengaku bertanggungjawab sebagai individu yang memuat naik hantaran itu dan memohon maaf kerana memfitnah saya.
Namun, laporan yang dibuatnya sebelum ini tidak dapat menidakkan tindakannya yang memfitnah saya malah dalam laporan yang sama, dia sendiri mengakui bertanggungjawab terhadap fitnah itu,” katanya. Syed berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang memfitnahnya dan mengaitkan juga isteri serta keluarga.
Saya memohon agar orang lain yang tidak terkait dengan kes dan tidak mengetahui fakta kes yang sebenar, dapat berlaku adil dalam memberikan sebarang komentar,” katanya. Syed bekata, dia berharap orang ramai akan menerima penjelasan dibuatnya dan berhati-hati ketika menulis komen agar tidak dikenakan tindakan undang-undang.
Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi pada 17 Okt 2020.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.