Tangkap layar sebiji guli yang berjaya dikeluarkan dari paha kucing ini

 Pelbagai tanda tanya timbul dalam kalangan penonton selepas melihat perkongsian video yang memaparkan sebiji guli didapati melekat di dalam kulit seekor kucing. Menurut perkongsian Klinik Vet dan Surgeri Rembau di TikTok, kucing berkenaan telah dihantar oleh tuannya untuk dimandulkan.

Kucing ini datang nak mandul. Semasa buat pemeriksaan keseluruhan, kita perasan ada benda asing melekat di kakinya. Kita berjaya keluarkan dan rupanya ia adalah guli. Pastikan periksa anak bulus anda,”ujarnya di kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, sebahagian penonton tidak menolak kemungkinan kucing berkenaan sebelum ini telah dilastik atau ditembak menggunakan senapang angin peluru guli. Rasanya kena lastik sebab ayam ayah saya pernah kena. Lepas siap masak, tengah makan ada guli dalam paha ayam,” jelas Salehamasvira.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version