Seorang Wanita dapat perhatian wargamaya apabila kahwini anak rakannya

Seorang wanita separuh umur di Kalimantan Barat, Indonesia menjadi perhatian pengguna media sosial selepas dia berkahwin dengan remaja berusia 16 tahun, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video perkahwinan itu dimuat naik dalam akaun Instagram @ndorobei.official.  Mariana, 41, melangsungkan perkahwinan dengan Kevin, yang berusia 25 tahun lebih muda daripadanya.

Dari segi undang-undang Indonesia, Kevin masih budak bawah umur. Kevin merupakan anak kepada kawan baik Mariana yang bernama Lisa. Rakan yang kini bergelar ibu mentuanya itu sudah bersahabat dengannya selama dua tahun.

Ketika kanak-kanak, Kevin sering datang ke kedai saya untuk membeli makanan ringan.  Saya tidak menyangka akan berkahwin dengannya. Kami berkahwin dengan niat untuk menjalani hidup bersama, isu perbezaan usia itu tidak menjadi masalah,” kata Mariana.

Berdasarkan laman web rasmi Kementerian Kementerian Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Anak (PPPA) Indonesia, umur minimun untuk perkahwinan bagi lelaki dan wanita adalah 19 tahun. Perkahwinan yang berlangsung secara sederhana pada Ahad lalu itu mendapat perhatian di media sosial.

Percayalah, jodoh anda masih menjadi embrio. Jangan patah semangat dan terus bersabar ya, komen seorang netizen. – Agensi.Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version