Muat naik gambar dah berhijab, Fatin Afeefa akui malu nak keluar rumah lepas balik umrah sebab baju yang ada menjolok mata

Sejak kebelakangan ini perkongsian pelakon Fatin Afeefa menjadi perhatian apabila dilihat memuat naik gambarnya kini sudah pun berhijab namun tidak mengesahkan mengenai perkara itu. Fatin mendedahkan dia berdepan kemurungan sebaik saja pulang dari mengerjakan ibadah Umrah berikutan pakaian yang dimilikinya menjolok mata dan tidak menutup aurat. Fatin berkata niatnya untuk berhijrah untuk menjadi insan yang lebih baik serta meluahkan rasa syukur suaminya, Aliff Awang memberi sokongan buat dirinya. “Masa pertama kali saya balik umrah, saya kemurungan sampai tak nak jumpa siapa-siapa. Sebab semua baju yang saya ada semua menjolok mata sampai rasa tak mahu keluar.

“Tapi suami saya cakap, tak apalah jom kita shopping online, Jadi dia memberi galakan dan sokongan hingga membuatkan saya rasa tersentuh,” katanya. Fatin mengakui dia kini berjinak-jinak untuk mengenakan hijab dan menutup aurat. Ujarnya lagi, dia kini sedang berusaha menjadi seseorang yang lebih baik. “Kita mencuba sebenarnya, saya tak akan kata yang saya dah berhijab sepenuhnya. Tapi saya akui saya sedang cuba untuk menjadi seseoran yang lebih baik dari dalaman atau luaran. “Kita cuba perlahan-lahan. Tak berani nak cakap sebab iman seseorang turun naik sebab tu saya tak berani nak cakap saya dah sepenuhnya berhijab. Lagipun nak istiqamah itu tak mudah,” katanya.

Dalam pada itu, Fatin berkata suaminya sangat gembira dan bahagia apabila dia meluahkan hasrat untuk berhijab serta memberikan sokongan padanya. “Suami sangat gembira bila tau saya nak pakai tudung. Dia orang yang paling bahagia sekali. Sebab dia tak pernah paksa atau cakap “eh pakailah tudung, tak sayang laki ke,” takde. “Tapi dia sangat menyokong la. Masa saya cuba pakai tudung tu, suami cakap “baby nak beli jubah ke? Belilah..” dia memberi galakan dalam masa tidak menyakitkan hati,” katanya.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version