Minat seorang lelaki mengumpul ratusan pemadam api vintaj sehingga sanggup membayar insuran sebanyak 20,000 Pound Sterling (kira-kira RM116,271) bagi koleksinya itu. The Sun melaporkan, Richard Mackey, 60, kini sudah mengumpul 350 pemadam api.
Richard mendapatkan semua koleksi itu di seluruh negara termasuk Amerika Syarikat dan Sepanyol melalui syarikat perlindungan kebakaran yang mengendalikannya. Mackey membelanjakan 800 Pound Sterling (kira-kira RM4,651) bagi mendapatkan empat koleksi dari Glasgow sahaja.
Ada antara koleksinya berusia lebih 200 tahun dan Mackey berkata setiap satunya (pemadam api) mempunyai kisah di sebaliknya. Koleksi kegemarannya termasuk Waterloo, salah satu yang pertama mempunyai kartrij dalaman dan Valor dari Birmingham.
“Saya suka keunikannya tapi malangnya ia sudah tidak dibuat lagi. Isteri saya Jane menganggap hobi ini sia-sia tetapi dia menyukai untuk menggilap semua pemadam api ini,” katanya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.