Tak sangka disebabkan makan durian wanita ini hampir dikenakan denda

Seorang pelancong wanita China bernasib baik kerana terlepas daripada dikenakan denda S$500 (RM1,695) daripada sebuah hotel di Singapura selepas dia makan durian di dalam biliknya, lapor portal berita VNEXPRESS semalam.

Wanita itu menulis di media sosial China, Xiaohongshu bahawa dia telah dikenakan denda kerana melakukan perbuatan itu baru-baru ini. Namun, hotel tersebut kemudian mengetepikan denda itu kerana dia merupakan pesalah pertama kerana memakan budah durian di dalam bilik hotel di Singapura.

Kebanyakan negara di Asia mengharamkan durian daripada dibawa menaiki pengangkutan awam, hotel dan ruang tertutup lain kerana bau buah itu yang kuat. Dia memakan buah tersebut selepas selesai makan malam ketika mengunjungi Singapura pada akhir bulan lalu.

Wanita itu menemui gerai menjual durian musang king, yang disebut-sebut mempunyai rasa yang terbaik di dunia dan kebanyakannya ditanam di Malaysia dan Singapura, lapor portal berita Asia One. Dia kemudian membeli dan membawanya ke bilik hotelnya untuk makan.

Keesokan paginya dia menerima surat amaran yang menyatakan bahawa mana-mana tetamu akan menerima denda S$500 jika kakitangan-kakitangan hotel mengesan bau durian di dalam bilik mereka. – Agensi. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version