Tular Penonton berjubah hitam di Stadium MBPJ jadi tanda tanya wargamaya

Kehadiran empat ‘lembaga hitam’ di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Menurut hantaran tular di laman sosial, ‘lembaga hitam’ tersebut hadir untuk menonton perlawanan antara PDRM FC dan Selangor FC, malam tadi. Rata-rata pengguna di laman sosial berpendapat ‘lembaga hitam’ tersebut mungkin merupakan gimik bagi sebuah filem yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Bagaimanapun, pengunjung yang hadir di stadium MBPJ malam tadi tidak melepaskan peluang untuk menangkap gambar ‘lembaga hitam’ tersebut sebelum di muat naik ke laman sosial masing-masing. Kalau tengok gambar tak seram. Tapi, tadi saya sempat tonton video di kaca televisyen. Meremang bulu roma,” kata seorang pengguna.

Kalau nak buat gimik pun agak-agaklah. Tak panas ke pakai macam tu sampai ‘game’ habis,” kata Miqdad.Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version