MENGHITUNG hari menerima ahli keluarga baharu, ibu kepada Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman sempat menitipkan pesanan buat bakal menantunya iaitu Ubai. Pesan Fauziah, 55, Ubai harus bersedia berdepan pelbagai ujian dalam berumah tangga dan banyakkan bersabar memikul tanggungjawab sebagai suami. Fauziah juga berharap Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, mampu menjadi ketua keluarga yang baik dan tidak tinggalkan masalah sekiranya berdepan kemelut rumah tangga. “Gambar dengan bakal menantu… esok dah jadi menantu, InsyaAllah.
“Ubai, hidup berumah tangga tidak sama semasa bujang, apa-apa perlu berkongsi segala-galanya. Ranjau, onak dan duri perlu diharungi bersama. Banyakkan bersabar dan bertenang dalam membuat keputusan. Jangan mudah berkeras dengan pendapat sendiri, banyakkan berbincang jangan lari-lari okey. Tahu dulu Ubai atlet,” katanya menerusi laman Instagram pada Jumaat. Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik foto bersama bakal menantunya itu.
Dalam pada itu, Fauziah turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini selain mendoakan agar hubungan yang dibina berkekalan selamanya. “Mak doakan yang baik-baik untuk anak-anak Mak. Semoga Allah SWT reda dan memberkati kalian berdua dan dilimpahkan rezeki… Amin Ya Allah Ya Mujib,” ujarnya. Pada 27 Mei lalu, Shila mengikat tali pertunangan dengan Ubai dalam satu majlis tertutup dihadiri rakan rapat dan saudara terdekat. Shila dikatakan rapat dengan Ubai pada awal Februari lalu dan mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta.
Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan perpisahan pada Februari 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.