Program air percuma bagi semua isi rumah di Selangor akan diperkenalkan semula sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Menurut laporan Free Malaysia Today, Datuk Seri Azmin Ali berkata, beliau pernah melaksanakan dasar pemberian air percuma 20 meter padu pertama kepada semua tanpa mengira pendapatan isi rumah. Calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang itu berkata, dasar tersebut diperkenalkan sewaktu di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) ketika beliau menjadi Menteri Besar bagi tempoh 2014 hingga 2018.
“Sekarang kononnya hanya B40, Amirudin B40 sekarang dah tiada… kemiskinan sudah melebar akibat pandemik sebab itu ramai yang tercicir. Muhyiddin Yassin (pengerusi PN) telah setuju kalau menang di Selangor, kita akan teruskan program ini,” katanya. Pengerusi PN Selangor yang juga bekas Menteri Ekonomi itu demikian pada kempen PRN dan ceramah DUN Hulu Kelang pada Selasa malam. Selain pemberian air percuma, Azmin berkata PN juga akan melancarkan manifesto antaranya berjanji menawarkan 100,000 pekerjaan berkualiti untuk anak muda pada Jumaat ini.
Walau bagaimanapun, meninjau reaksi warganet di laman Facebook laporan berkenaan, ramai meninggalkan komen meminta PN menyelesaikan masalah air terutama di negeri Kelantan terlebih dahulu. DUN Hulu Kelang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Azmin dan calon daripada Pakatan Harapan (PH), Juwairiya Zulkifli.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.