Selepas dikurniakan cahaya mata kedua Mei lalu, pelakon Emma Maembong tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak ketiga dalam masa terdekat.Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail bagaimanapun berkata, dia tidak menetapkan sebarang sasaran bilangan cahaya mata.
Selepas dikurniakan dua orang cahaya mata, mana tahu mungkin akan bertambah lagi? (anak). Saya tidak ada perancangan keluarga untuk tetapkan jumlah cahaya mata. Lagi ramai, lagi bagus,” katanya. Ujar pelakon berusia 31 tahun itu lagi, kalau ikutkan dia mahu menimang cahaya mata kedua, selepas setahun dikurniakan zuriat sulung.
Bagaimanapun Emma tetap bersyukur apabila impiannya itu dimakbulkan oleh Allah SWT, dua tahun selepas menimang zuriat pertama. Sebenarnya saya mahu awal lagi (selang setahun) selepas menimang cahaya mata pertama. Kalau boleh nak jarak setahun-setahun sahaja. Selepas ini kalau hamil lagi, sudah tentu saya sangat gembira.
Jelas Emma, dia mahukan anak yang ramai kerana sudah terbiasa membesar dengan adik-beradik yang ramai iaitu 11 orang. Saya ada tujuh orang adik-berdik perempuan dan empat lelaki. Jadi kami memang rapat. Saya tahu perasaan seronoknya ada adik-beradik untuk bergosip. Kalau susah, adik-beradik juga yang akan tolong kita.
Adik-beradik juga orang yang tidak akan tikam belakang kita, sebab mereka adalah darang daging sendiri,” ujarnya. Emma yang ditemui semasa sidang media drama bersiri One Million Dollar Voice di sini semalam berkata, ketika mula-mula berkahwin, dia menangis kerana berasa sunyi semasa tinggal berdua dengan suaminya, Muhammad Shazli Azhar.
Masa mula-mula berkahwin, saya menangis sebab rasa sunyi. Orang lain mungkin serabut kalau bising, tapi saya tidak suka sunyi. Emma yang juga pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Shariq yang kini berusia dua tahun dan Shakil Aryan Shah, tiga bulan. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.