Seorang penunggang teksi motosikal atau ojek menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menawarkan perkhidmatan percuma setiap hari Jumaat, lapor program berita Liputan6 semalam.
Berdasarkan hantaran video di laman TikTok, seorang wanita bernama Rania berkongsi kisah penunggang ojek tersebut. Menurut Rania, selepas menaiki motosikal tersebut, tambang yang dikenakan dalam sistem online berjumlah 15,000 rupiah (RM4.57).
Namun, selepas diskaun, dia sepatutnya membayar 8,500 rupiah (RM2.59). Bagaimanapun, dia terkejut apabila penunggang ojek tersebut enggan mengambil wang tambang yang diberikan. Apabila ditanya, lelaki berkenaan meminta Rania membaca tulisan ditulis pada belakang jaketnya yang berbunyi: “Setiap Jumaat, tambang Gojek (jenama ojek) ini percuma.
Sejurus mengetahui perkara itu, Rania berkata, dia menangis kerana terharu dengan kebaikan penunggang ojek tersebut serta menitipkan doa buat lelaki berkenaan. Video yang dimuat naik Rania pula menerima perhatian ramai dengan netizen memberikan pelbagai komen. Meskipun dia perlu membayar ansuran motosikal elektrik tersebut, dia tetap mampu bersedekah. Sangat hebat,” kata seorang netizen.
Saya kagum dengan tindakan lelaki itu. Semoga diperluaskan rezeki untuk orang yang baik sepertinya,” kata pengguna lain. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut