Beberapa bulan menyepi, Sharifah Sakinah akui bahagia tanpa media sosial

Advertisements
Advertisements

BEBERAPA bulan tidak aktif di media sosial, pelakon Sharifah Sakinah seronok dengan keputusan diambil demi kebahagiaan diri sendiri. Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 39, berkata, akaun media sosialnya kini diuruskan oleh kakaknya sekiranya memerlukan dia memuat naik sebarang perkara berkaitan kerja. “Saya sudah lama tak buka media sosial, beberapa bulan juga dan itu buatkan saya seronok.

Hidup saya pun semakin bahagia sebab tidak tahu apa jadi di luar sana. Selalunya kakak yang tolong muat naik apa-apa. Tanyalah fasal gosip artis mana-mana sekarang pun memang saya tak tahu,” katanya. Berkongsi lanjut, kata Sakinah dia tidak mahu kisah peribadinya dijadikan topik perbualan warganet di media sosial.

Tambah Sakinah, dia juga risau jika apa dimuat naik boleh mengundang kritikan warganet. “Tak perlu saya kongsikan tentang kehidupan peribadi saya tambah pula saya ada anak. Saya tak mahu mengundang komen buruk, jadi apabila ada benda boleh saya kongsikan, baru saya muat naik di media sosial,” jelasnya. Dalam perkembangan lain, Sakinah sedang sibuk mempromosikan drama lakonannya berjudul Wok yang sedang ditayangkan di platform penstriman Unifi TV.

Selain Sakinah, pelakon lain yang turut membarisi drama berkenaan ialah Azhan Rani, Nafiez Zaidi, Lisdawati, Noorkhiriah, Aida Aris dan Nelissa Nizam. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version