Selepas empat bulan menjalin pertunangan, penyanyi Noh Hujan, bakal mendirikan rumah tangga pada 23 September depan dengan pilihan hatinya, Fatin Athira Mustapa. Pasangan itu akan disatukan di majlis pernikahan yang bakal berlangsung pada sebelah pagi manakala majlis resepsi pula pada sebelah malam hari yang sama.
Noh dan pasangannya memilih sebuah dewan acara yang terletak di Puchong untuk majlis resepsi mereka. Kad undangan digital penyanyi asal Sarawak itu dengan wanita berusia 30 tahun berkenaan sudah mula diedarkan kepada saudara mara dan kenalan terdekat.
Terdahulu, majlis pertunangan pasangan itu berlangsung di kediaman Fatin pada 7 Mei lalu bertempat di Putra Heights, Subang Jaya. Pada majlis pertunangan itu, Fatin memilih persalinan rona hitam, manakala Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh turut mengenakan baju Melayu warna senada.
Fatin Athira merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor yang kini berkhidmat sebagai peguam. Fatin difahamkan turut meminati muzik, sama dengan Noh, selain berkebolehan bermain gitar dan menyanyi.
Untuk rekod, Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan itu pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011, namun bercerai awal Ogos tahun lalu.
Pasangan itu bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata namun memiliki seorang anak angkat bernama Musa. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.